Dari Asia Pacific Broadcasting Union – Oktober 31

30th Oct.    TV5, Thailand ready for digital service

The Royal Thai Army’s TV5 is ready for a trial of digital terrestrial broadcasting service this year. According to Lt-General Chatchai Sarikulya, President of Royal Thai Army Radio and Television, after heavily investing in digital technology in previous years, TV5 would launch a trial digital service before the end of 2012.

In 2011, the company started construction of a Bt1.6-billion, 22-storey building on the same grounds as the TV5 and Thai Global Network (TGN) stations. The project is expected to be completed and begin operating by late next year.

According to nationmultimedia.com, the new tower will house 12 new studios equipped with digital technology, up from the four studios operating now. “So we will be ready to produce our own TV programmes, particularly live shows, and transmit them in digital format through various digital channels in two years,” Chatchai said.   Read more

27th Oct.    CCTV upgrades its Kenya bureau with robotic cameras

Central China Television (CCTV) installed specialised cameras in its Africa television studios in Nairobi, Kenya, which allow for easier control and creation of repeatable presets and on-air camera moves in a small bureau environment,telemetricsinc.com reports.

The Kenya studios are part of a network of of news bureaus that CCTV has been establishing in different cities around the world.

According to the system designer Kevin Centanni, making the small studio appear bigger to the viewer required a little extra ingenuity, but the solution was readily found with a Telemetrics linear camera track system.   Read more

25th Oct.      BBC Radio’s digital networks continue to thrive

Latest audience measurement figures show that three of the BBC’s digital stations have posted record figures.

The record holders are Radio 4 Extra which now has 1.7 million listeners per week; BBC 6 Music, which reaches 1.62 million listeners; and BBC Asian Network, which in its 10th year reaches a record 584,000 people each week.

Tim Davie, Director, BBC Audio & Music, said: “It’s encouraging to see that the radio industry as a whole is in good health and impressive that it has held up over the Olympic summer. I’m thrilled that, despite there being so much competition for people’s time and attention, three of our digital stations have hit record highs.”   Read more

24th Oct.    Analogue TV disappears from UK

76 years of television history in the UK came to an end this week when the analogue TV signal was switched off in Northern Ireland. It completed the UK’s five-year digital switchover process, at a cost of more than £1bn, which began in 2007 and was first mooted in 1999.

Digital UK, the body responsible for co-ordinating the switchover and information campaign that accompanied it, said it had delivered on time and under budget. “Clearly television is a very popular thing and getting it wrong would have been very public,” said David Scott, chief executive of Digital UK.

The switchover process was assisted by advances in small screen technology, not just from analogue to digital but flat screen, high definition and 3D sets which encouraged people to buy new TVs quicker than they once might.   Read more

19th October 2012: Asia-Pacific broadcasting conference ends on a high note

One of the most important gatherings of Asia-Pacific broadcasters in recent times has concluded in Korea with plans to carry the ABU more securely into the digital age.

Closing ceremony of the 49th ABU General Assembly

The 49th General Assembly of the Asia-Pacific Broadcasting Union saw more than 700 leaders in the fields of programming, technology, communications, regulation and equipment manufacture gather at the towering 63 Convention Centre on the banks of the Hangang River in downtown Seoul and at the nearby headquarters of the host broadcaster Korean Broadcasting System.

For eight days leading up to and including the two-day ABU General Assembly itself, experts from the Asia-Pacific engaged with some of the most important issues facing broadcasting in the digital age, says ABU General Secretary Dr Javad Mottaghi.

“We knew we had a big task to accomplish,” he says, “so everyone came prepared to share experiences and solutions to the challenges faced by the transition to digital broadcasting, the expansion of new media and the impact of social media on our traditional ways of doing business.”

Dr Mottaghi believes the delegates from more than 50 countries in the Asia-Pacific and around the world went away with new ideas, solutions and vigour.

“The ABU is all about its members,” he said. “They must now continue with the real job of making the 21st Century a success for broadcasters in their countries.”    Read more at ABU

Hari pertama bertugas di Kota Bharu

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya.  Agak sukar hendak bangun dari tidur,  mandi dan sebagainya.  Walaupun alat penghawa dingin tidak dihidupkan,  keadaan dalam bilik amat sejuk.  Lebih sejuk dari biasa.  Di luar,  di keliling bangunan rumah rihat ini,  hujan mencurah-curah.   Agaknya beginilah keadaan di musim tengkujuh … hujan  … hujan dan hujan.

Saya termenung sebentar. Perlukah saya bersiap untuk menjenguk ruang pejabat saya pagi ini.  Atau saya tunda ke hari esoknya sahaja.  Lagi pun,  saya bos di sini.  Tidak ada siapa pun yang hendak ambil tahu.

Entah mengapa,  tiba-tiba saja saya menuju ke bilik mandi.  Dan tiba-tiba saja saya mandi.   Selesai saja mandi .. terus saya menyalin pakaian kepada yang lebih sesuai untuk ke pejabat.  Pada hal tidak ada siapa yang meminta saya berbuat demikian.  Kalau tidak ke pejabat pun tak mengapa.

Tetapi … dalam suasana sejuk dan air hujan mencurah di luar sana,  saya  terdengar satu suara yang mencadangkan supaya saya ke pejabat …sekurang-kurangnya melihat keadaan pejabat yang telah disediakan untuk saya.

Sebenarnya,  di Kota Bharu ketika itu,  organisasi saya tidak mempunyai pejabatnya sendiri.  Jadi tidaklah saya tahu,  di mana dan bagaimana rupa bentuk ruang pejabat yang disediakan untuk saya.

Saya pun keluar dari bilik, menuju ke ruang makan rumah rihat ini … minum kopi dan kemudian terus keluar dengan kereta saya menuju ke pejabat yang telah disediakan.

Semasa di ibu pejabat di Kuala Lumpur,  iaitu sebelum bertolak,  saya telah diberitahu bahawa buat sementara ini,  saya akan ditumpangkan di Pejabat Penerangan Kota Bharu.

Dan saya pun terus menuju ke bangunan Pejabat Penerangan,  yang secara kebetulan terletak tidak jauh dari rumah rihat tadi.

Sampai saja,  saya terus masuk dan selepas memberi salam,  saya pun bertanyalah di mana pejabat Pengarah Penerangan,  iaitu bos di jabatan ini.  Seorang pegawai bergerak menuju ke sebuah bilik dan tidak lama selepas itu  saya pun dijemput masuk ke bilik tersebut,  yang rupa-rupanya ialah bilik bos tadi.

Pengarah ini agak sudah berumur juga …bermisai … berbadan tegap … dan sentiasa tersenyum.  Dia bangun dan kami pun bersalaman.  Saya tidak berasa gamam atau takut.  Melihatnya,  saya terasa diri saya amat muda.  Manakan tidak,  ketika itu umur saya baru mencecah lewat dua-puluhan.

Selepas mengenalkan diri saya,  kami pun berbuallah mengenai perkara-perkara yang berkaitan.    Dia pun memberithu saya bahawa satu ruang pejabat telah pun disediakan lengkap untuk kegunaan saya.

Saya  akan sambung lagi kisah ini dalam post yang berikutnya.

Cerita saya

Bayangkanlah apa yang harus dan perlu dilakukan,  jika kita mendapat arahan dari pihak atasan untuk bertukar menjalankan tugas di satu kawasan baru dan memulakan pula satu khidmat yang pada ketika itu masih berada pada peringkat ‘infancy’ nya lagi.  Tugasan ini merupakan membawa satu khidmat dan kemudahan perhubungan yang baru kepada masyarakat,  yang ketika itu masih dianggap sebagai ‘penduduk kawasan pendalaman’.

Waktunya tahun 1960.  Negara baru saja merdeka.  Baru tiga tahun hidup sebagai Negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.  Dalam keadaan ini,  pengaruh penjajah masih ada,  dan pegawai-pegawainya pun masih berada di.tempat teratas.  Mereka masih mengeluarkan perintah dan kita perlu mengikut perintah itu.

Dalam keadaan inilah saya menerima arahan menyiapkan diri untuk bergerak menuju ke satu destanisi yang belum saya tahu keadaannya,  dan belum juga pernah saya kunjungi.  Ketika itu saya baru saja pulang dari menghadiri kursus di seberang laut.

Apalah nak dikata,  melainkan menganggukkan kepala dan berkata  ‘Yes Sir’ sahaja.

Saya diberitahu bahawa saya akan mewakili jabatan dan diperlukan mengawasi tiga negeri di pantai timur semenanjung … Kelantan,  Terengganu  dan  Pahang.  Ibu pejabat saya,  saya diberitahu,  ialah di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan … menumpang di Jabatan Penerangan negeri itu.  Saya diberitahu juga bahawa jawatan saya akan dinaik taraf dari Penyelia Stesen kepada Pengarah Wilayah Pantai Timur. Tak sangka saya sudah pun menjadi ‘boss’.

Rasa megah dan bangga tidak terkira.  Tugas yang sebegitu besar … menjaga tiga negeri, sedangkan pada masa itu umur saya belum pun mencecah 30 tahun… baru ‘setahun jagung’.      Pendapat saya,  saya belum bersedia terutama dalam urusan dan bidang pertadbiran dan pengurusan.

Menurut perintah saya pun berangkatlah.  Dari awal perjalanan saya pelbagai perkara yang terlintas difikiran.  Termasuklah ehwal keluarga saya.  Baru pun tiga tahun saya mendirikan rumah tangga.  Bagaimana keadaan ahli keluarga. Buat sementara mereka tidak mengikuti saya bersama.  Tetapi kalau hidup berumah tangga pun belum lengkap lagi pengalaman saya,  ini pula mendatbir,  mengurus dan merancang perkembangan Jabatan yang saya wakili.

Perjalanan menuju ke Kota Bharu di Kelantan mengambil masa agak lama … hampir 12 jam.  Jalan raya yang saya lalui pula bukanlah seperti yang ada sekarang,  malah saya terpaksa menaiki lebih kurang 12 feri menyeberangi sungai-sungai merintangi jalan yang saya lalui.

Ketibaan saya di Kota Bharu, sebelah malamnya,  disambut oleh hujan yang turun mencurah-curah membanjiri sebahagian dari bandar itu.  Ini kerana saya tiba dalam bulan Oktober iaitu waktu bermulanya musim tengkujuh di pantai timur Semenanjung.

Termenung saya sebentar melihat keadaan sekeliling.  Seperti pada mula perjalanan tadi, pelbagai  soal dalam fikiran perlu saya cari jawapannya.

Saya tidak tahu berapa lama saya akan tinggal di bandar ini,  mungkin sebulan … enam bulan  atau setahun.  Apa pun saya perlu bersedia dan mengubahsuai corak dan cara kehidupan saya.   Yang menyukarkan saya ialah bahawa saya tidak pun diberitahu keadaan di lokasi yang baru ini sebelum saya berangkat.  Saya tidak diberitahu tentang pantang larangnya.  Saya tidak juga disediakan tempat tinggal.  Saya tidak tahu di mana pejabat saya.  Hanya saya diberitahu supaya berbuat yang sebaik mungkin untuk menjaga nama baik Jabatan dan menjalankan tugas.

Saya akan menceritakan lagi kisah saya di tempat tugas yang baru ini,  dalam post saya minggu hadapan.

Angkatan 50an dalam dunia penyiaran Negara

Kalau ditanya wujudkah satu ‘angkatan’ yang menggabungkan  penyiar-penyiar dalam sejarah tanahair,  terutama mulai tahun 50an dahulu.  Jawapan saya mudah sekali.  Ketika itu,  iaitu manakala negara masih lagi dijajah oleh British,  ‘angkatan penyiar’  tidak ada.

Tetapi kalau ditanya sama ada wujud pertalian persahabatan yang erat di antara penyiar-penyiar ketika itu,  jawab saya … ‘Memang ada’.  Yang saya ingat,  kerana saya telah mula menceburkan diri di dalam dunia penyiaran ini sebelum Negara mencapai kemerdekaan lagi,  hubungan antara para penyiar amat rapat,  lebih merupakan sebagai satu keluarga.  Kalau tiap penyiar itu adalah anggota satu keluarga,  maka sudah semestinyalah hubungan kami amat rapat … seperti adek beradik antara satu sama lain. Soal tolong menolong dan bantu membantu itu adalah satu soal atau perkara yang biasa.  Pendek kata boleh kita gunakan pepatah ‘Cubit paha kiri, paha kanan merasakan sakitnya’.  Begitulah keadaannya.

Kami bertugas tanpa tekanan … dari sesiapa juga.  Kami menjalankan tugas kerana kami minatkan tugas yang diserahkan kepada kami.  Kami menyertai pertubuhan penyiaran ini iaitu Radio Malaya ketika itu,  kerana minat … bukan kerana kami tidak mempunyai peluang pekerjaan yang lain.

Saya masih ingat lagi,  pusat-pusat penyiaran ketika itu … iaitu di Semenanjung … ialah di Kuala Lumpur,  di Pulau Pinang dan di Melaka.  Ibu pejabatnya di Singapura.

Di Kuala Lumpur,  iaitu semasa saya menyertainya,  pejabatnya di Bangunan Persekutuan iaitu pejabat dan studio sekali.  Radio Malaya mengambil dua tingkat dari bangunan ini. Beberapa bulan saya menyertainya,  studionya masa itu di wad-wad hospital Tanglin.  Dari situlah kami membuat siaran.  Bila berpindah ke Bangunan Persekutuan atau Federal House,  barulah segala-galanya berpunca di sini.

Saya di Bahagian Melayu ketika itu,  dan kawan-kawan penyiar saya ialah seperti Murtadza Zaaba,  Abu Bakar Ahmad,  Siti Hawa Zain,  Aziz Abu Hassan,  Nurlidar Saidi,  Hashim Amir Hamzah,  Dom Madzi,  Ahmad Merican,  Yusoff Imbi,  Raja Iskandar  dan beberapa orang lagi.

Di Pulau Pinang pula saya masih ingat ialah  Dol Baharim dan Zainal Alam,  dan di Melaka ialah Abdullah Mohamad dan Ismail Hashim.

Di Singapura,  iaitu semasa saya ditugaskan kesana,  teman-teman di Bahagian Melayu ialah Yusoff Ahmad,  Zaharah Zaaba,  Wan Jah Ahmad,  Ibrahim Isa, Haji Abdul Rahman Tahir dan beberapa orang lagi.   Dan pembaca berita yang terkenal ketika itu ialah Ahmad Tarmizi,  Ramli Abdul Hadi dan Rahman Yusuf.

Itulah kumpulan penyiar dalam tahun 50-an dahulu.  Dol Ramli menjadi ketua kami.

Saya balik bertugas di Kuala Lumpur, beberapa hari selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Semasa. di Kuala Lumpur ramailah lagi ‘angkata baru’ menyertai kami,  iaitu seperti Mokhtar Daud,  Daud Hamzah,  Zulkifli Amin,  Baharin Tahir,  Amran Hamid, Aziz Ibrahim,  Rahim Razali,  Jamaliah Long,  Zaleha Ismail,  Ariff Ahmad,  Yong Rafidah,  Ustaz Abdul Ghani,  Hashimah Ismail  dan  banyak lagi.

Inilah kumpulan awal ‘angkatan penyiaran’ Negara.

Hari ini sudah ada Persatuan Penyiar dan penyiar-penyiar pun sudah bertambah … yang tetap dan juga yang sambilan.  Ini ditambah pula dengan penyiar-penyiar dari Sabah dan Sarawak.  dan stesen-stesen daerah dulu dan negeri sekarang.  Malah dengan perkembangan yang dialami oleh Radio Malaya dan sekarang Radio Malaysia melangkaui 6 dekad,  sudah semestinyalah ramai lagi keluarga RTM ini.

Pendek kata,  Angkasapuri bolehlah kita katakan sebagai pusat dunia penyiaran Negara.  ‘Rumah keluarga’ kepada anggota ‘angkatan’ atau ‘persatuan’ penyiar Negara..

Ehwal Dunia Penyiaran Serantau

18 SEP – SKMM AKUI USAHA SEKAT INNOCENCE OF MUSLIMS TAK MENYELURUH

 Shah Alam:   Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM) mengakui usaha menyekat akses kepada filem kontroversi Innocence of Muslims di You Tube di Malaysia tetapi sedang meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, pihaknya telah membuat sekatan terhadap filem itu dan sedang berusaha keras bersama Google serta pihak luar negara supaya filem tersebut tidak boleh diakses lagi di Malaysia.  SINAR HARIAN ONLINE 

Migrasi dunia penyiaran

KURANG enam tahun lagi, dunia penyiaran negara akan beralih sepenuhnya daripada bersiaran secara analog kepada digital.

Ini bermakna Malaysia maju selangkah lagi dalam usahanya menjadi negara maju menjelang 2020 dengan penyampaian maklumat secara berkesan.

“Adalah menjadi trend dunia untuk beralih kepada siaran digital bagi menguruskan spektrum (frekuensi) dengan lebih efisien,” kata Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Kejuruteraan) Abu Bakar Abd. Rahim, baru-baru ini.

Siaran digital sebenarnya bukan semata-mata mengenai kualiti audio dan visual yang lebih baik atau mengenai perkhidmatan nilai tambah seperti transaksi data interaktif.   KOSMO / BERNAMA ONLINE

Bersihkan Dunia Penyiaran dari Program Buruk,  KPI Harus Bersinergi dengan Masyarakat

Lampung – Training of Trainers (ToT) Literasi Media kembali dilakukan Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) Pusat dengan mengikutsertakan 17 KPI Daerah se-Jawa, Sumatera dan Bali, di Lampung (15-16/5). Dalam kesempatan tersebut peserta ToT diharapkan dapat bersinergi dengan masyarakat dalam mewujudkan penyiaran yang sehat. Karenanya, peserta ToT kali ini mengikutsertakan beberapa elemen masyarakat, seperti akademisi, Kejaksaan Tinggi, Kepolisian, Nasyiatul Aisyiyah dan perwakilan PKK Lampung.

Menurut Komisioner KPI Pusat bidang Kelembagaan, Azimah Subagijo, ToT ini untuk memberikan standarisasi materi yang akan disampaikan peserta kepada masyarakat. Setidaknya, dasar dari ToT Literasi Media yang juga dikenal  Pelatihan Sadar Media ini, dipahami betul oleh peserta. Materi ToT ini selain diberikan oleh Komisioner KPI Pusat, juga disampaikan oleh kalangan akademisi Ahmad Riza Faisal dan dari LSM yang juga pakar penyiaran, Amir Effendi Siregar.   PORTAL KOMISI PENYIARAN INDONESIA

Our Focus

Let us take another look at life … a long,  long look.    Let us see what’s happening   and see what we can learn from it.

The last few days a few things came to my attention.    I happen to be bedridden because of my gout attack,   as a result of that I have all the time in the world to ponder and think.    Well I normally leave it to the doctors to handle my illness.    I personally wouldn’t know what to do.    They are the  trained professionals,  naturally they will know what and what.

A friend called me to find out how I was faring in my determination and fight against the pain from the gout.  He gave certain suggestions  how  I  could  bring  it  under  control …… at  least  the pain.    He  suggested  that  I  begin  to  take  ‘  belut ‘  –  an eel like aquatic animal.    He  said  that  it  helped when he had the same  illness before.   I shudder at the thought of having the belut as food for consumption.    He said that it is very delicious.     He  told  me  there are  a  lot  of  restaurants and  stalls in town selling the  ‘ belut soup’.      Anyway,  it was nice of him to give a thought to it,  and that he cares.

This friend of mine is a batik producer.    His business is medium size.   I visited his place of work not so long ago,  and I was pleasantly surprised to see the quality of his products.   Proudly he told me that his customers are not just locals but many are  from the federal capital … about 500 miles away.    He personally delivers the batik  …. in the form of completed long sleeve shirts,   the caftans  and  un-stitched materials.    He does supply to many of  batik outlets in town.

He wanted to expand his business,  as his customers are ever increasing.   He was looking for additional funds.   I suggested to him to get help from some of the government agencies.    He said no and was very adamant about this.    He pointed out,   he  would  prefer  to  use  his  personal  source  of  funding.     No,  not  borrowing  from  the  ever  willing unlisensed  lenders  –   ‘ ah longs ‘ .    He would be inviting trouble if he were to do that.    So he mortgaged his house.    He said this way he would use the money very cautiously,   as he knows the money is his money,   and if he is not careful he might lose his house.

I admire his forthright attitude.   I admire his business sense and his spirit and determination to do things without anyone’s help …. not even from the government.   I believe he is a proud man and a very practical person.

This is what you see in places away from the big cities.    You see people who would struggle on their own …  and the end result is ..  always success.   I have  come across quite a number like my friend.   Back in the big towns,  when you talk about business or projects  the first thing you hear is   ‘  How much is the allocation we can get? ‘  ,  or  ‘  Which bank can give the bigger loan?  ‘  and so on.   This is a matter of attitude really.    The real businessmen,  to my thinking,   are those  who would struggle and be successful.    They would  start small and they would correct whatever mistakes they make as they go along.      But not those who,   for most of the time,  were waiting for  ‘ subsidies ‘  and bank loans.

Surprisingly,   this is the scenario common in the rural areas of the country.   We would find many of them selling products from vegetables grown on their own behind-the-house plots,  to small shells they collect from the river or stream running through their village,   or fish they would buy right from the fisherman’s boat or from their own catch in the river,  or coconut milk they prepare themselves,  slaughtered chicken,  and many more such items.   And they would sell these in small makeshift huts erected along the roads or in the day or night markets.   And they make money.

I have seen personally these  small businessmen and businesswoman putting in money into the ‘ cash deposit machines ‘  at the banks every evening.   They look happy and are very satisfied with what they achieved and collected for the day.

As I said before,   there are lots of good things we can learn from the rural folks.   They may not look gorgeous,    well dressed,  or driving big cars,  but   they are making it.   They are simple but sincere.   They are actually telling us that  life is a struggle,  but being self dependent adds more value to it.

Note:  This article was first posted in my former blog – LOOKING AROUND – in 2009.